Wednesday, September 27, 2006

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan Al-Mubarak

 

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t supaya kita dapat menjalankan ibadah puasa pada tahun ini. Kita patut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kita peluang sekali lagi untuk menambahkan amal ibadat kita untuk hari kiamat kelak.

 

OK,berbalik kepada apa yang aku nak tulihkan kat sini. Masuk hari ini, sudah tiga hari kita berpuasa. Pergh, cepat plak masa berlalu, btol dak? Mula-mula kita berasa letih, skrang mungkin dah biasa bagi sesetengah orang. Bagi aku plak, ok la kot, masih belum lagi kantoi, haha..

 

Bukan apa, aku neh keja kat site, tiap-tiap hari kena panjat tower 45, 60, 75 meter. Korang bayangkan la sendri, dengan keadaan cuaca tak menentu skrang, kena plak panjat kat puncak telecommunication tower tuh, survey, tgk LOS untuk link baru, mana tak rabak nyer.. haha,tp iman aku masih kuat walaupun aku sedar aku tak begitau beriman..huhu.. apapun,azam aku tahun ini adalah untuk berpuasa dan beribadat selagi aku mampu.. puasa mau penuh,ibadat, aku cuba sedaya upaya..

 

Mengimbau kembali masa silam, di mana aku mula-mula belajar berpuasa, menyebabkan aku nak tergelak sampai pecah perut ada, kesal pun ada macam-macam laa katakan.. tp semua menda tuh dah lepaih, so tak leh nak buat apa dah, cuma amik pengajaran atas apa yang berlaku dahulu, then buat elok-elok masa skrang dan masa akan datang.

 

Aku ingat lagi,mula-mula aku start puasa darjah 1.. kira lambat dah la tuh, ada yang start 5-6 tahun. takpala, masa tuh tak wajib lagi pun, mak aku dah soh start belajaq puasa.. first day, pagi-pagi lagi aku dah terasa lapaq.. walaupun aku dah soq pukui 5 tadi.. seb bek skolah pagi, kalau ptg aku tatau laa camna.. untuk membuatkan aku terus berpuasa, bapak aku kata dia bagi lima kupang setiap hari aku posa, even sekerat hari.. tawaran sudah terbuka, masa tuh (tahun 1988), lima kupang cukup banyak, hang bkeh beli coklat 20 biji, time tuh sekupang 4 biji wooo..

 

So,aku pun terus berpuasa.. time rehat, pergh, aku tengok ramai budak kelas aku tak posa, haremm~.. aku cakap dalam hati, mana aci.. depa tak payah posa, aku kena gak.. memikirkan lima kupang yang bakal aku terima, aku truih gak posa walaupun lapaq tahap gaban.. elok-elok aku balik skolah tengah hari tuh, aku tengok tok aku dah masak, pergh.. bau sedap, apa lagi.. aku trus membuka posa aku tanpa segan silu.. tiba-tiba, bapak aku mai umah tok aku, dia tengok aku tgh makan.. aku sengih sajalah,tau dah lima kupang konfem tak dapat, then bapak aku huluq kat aku lima kupang.. dia kata at least aku posa gak, so lima kupang tuh worth it..

 

N start pada hari tuh la aku berposa.. makin lama duit makin naik.. maksimum aku dapat dulu sehari singgit, pergh.. besaq rahmat tuh..bukan sket time dulu.. Elok aku dah naik sekolah menengah, allowance berpuasa aku dah tadak.. aku terasa gak la, bukan apa.. pemangkin untuk aku berposa dah tadak.. tp, sbb dah biasa berposa.. aku posa cam biasa saja.. walaupun tak dapat duit.. :)

 

Macam-macam lagi pengalaman berpuasa aku kat kampung.. nnt la aku ceritakan satu persatu, yang mana aku ingat.. Kat sini aku nak amik peluang untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua kawan-kawan aku kat malaysia neh dan orang tersayang atau pun kat luar negara.. Tidak lupa juga saudara-saudara seagama di seluruh dunia…

 

SELAMAT BERPUASA, JANGAN PONTENG-PONTENG TAU!!!

No comments: