Tuesday, April 10, 2007

Kesan Minum Air Batu & Mandi Waktu Malam

Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja
untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar g elas ini.
Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila s eseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran
esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.
Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.
Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.
Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.
Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom kalah sejuk iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.
Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam.
Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm.
Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.
Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan s ekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau
menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan
�Sipolan, engkau selalu mandi malam ke?
�. Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah
�Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya
�. Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata
�badan dah panas, nak
buat apa!
�. Begitulah kata-kata orang yang degil. Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.
Sekian Wassalam Wallahualam.

p/s:kajian dibuat oleh salah seorang sahabat..

9 comments:

~ blossom ~ said...

Owh begitukah...??sookahh~~

kechi said...

asso...

cleo weiland said...

I love doing both of that. Late night showers and cold drinks. I almost did get pneumonia once and my mom was so worried she rushed me to the our GP one night. Turns out it was just my rhinitis allergies acting up huhu.

By the way. I never took Biology (*yawn*). Is this for real? I'd love it if you quote your sources.

zackyah fimiyun said...

not actually.

paru-paru berair adalah pleural effusion in medical terms..pleural effusion biasanya org2 berlebihn air dalam badan.i'm sure mr.y tu ada kaki bengkak dan maybe ada ascites..dlm usia yg lanjut,mmg common ada darah tinggi,sakit jantung dan seterusnya myebabkn paru2 berair... seriously,minum air sejuk atau mandi tgh malam bukan faktor bagi paru2 berair.it's not in any medical journal. slalunya yg myebabkn paru2 berair sbb ada sbb lain mcm lung cancer,sakit jantung- commonest cause(bcz water couldnt secreted out from the body), sakit buah pinggang.but definately not due to both of that.

tgk blk anatomi.definately there's 2 tube. ada cabangnya...satu oesphagus yg utk mkn&minuman dan salur terus ke sistem pcernaan., dan takde eveolus.lagi satu trachea,bw udara yg disalurkn kpd paru2...ais takleh masuk ke paru2 unless aspiration pneumonia when there's defect.

in any research,must hv all strong evidence.that's why doctors n scientists r using evidence-based medicine.bukan kerana 1-2 kes dan patient tertentu terus ckp sebarano.

there's probably thousand n millions of us eating ice and taking night bath but it's not list down as any risk factor or predisposing factor in any hospital.kenapa tak semua mat saleh kat negara sejuk tu semua balik dengan pleural effusion?

perhaps the pt yg kena tebuk tu, kemungkinn ada haemothorax(ada darah di kantung paru2) atau pneumothorax (ada udara di kantung paru.slalunya pneumothorax tu lelaki yg kurus dan muda...tp tu bukan pleural effusion.kalau pleural effusion,kbykn treatment yg diberikan adalah diuretic utk keluarkn air y blebihn.unless kalau utk investigation jenis pleural effusion atau nak reduce symptom of shortness of breath..tp xperlu urgent sbb baik prop-up the patient. ye tak?

tak rasa pelik ke? kita semua sibuk tentang,makan ais boleh jadik sakit laa...pakai ni,boleh jadik cancer laa..the fact is there's no such scientific research to proof it.n d weirdest thing are:some of people r still smoking, consumed alcohol although it's very dangerous to our health..suruh bsenam,tak mau.suruh kurangkn gula&garam pun tak nak..mcm ne tue?

sori.tak bmaksud ape2..just nk tegur.tak mau org salah info!hy nk bkongsi pgetahuan sy yg tak seberapa nie...sori...

ct said...

ada org ckp kalau mandi malam lepas kul 11 x pe... datte..
tp x tau ler betul ke idak..

Anonymous said...

btl 2...saya antara seorg yg menghidap penyakit ini..tp bukanla berpunca dr mandi mlm..sejak dr kecil sy mmg ada masalah dgn paru2 kerana bdn yg lemah..terasa amat seksa sekali tambahan pula bile terkena udara sejuk..kalau terkena hujan sikit pun mesti serta-merta bdn menjadi lemah..amat kerap juga mengalami muntah darah, dan hidung berdarah..pesanan sy kepada semua pembaca,jagalah kesihatan sblm mendpt penyakit yg lbh serius..bg yang suka mandi mlm n suka minum ais batu tu,kurang2kan lah amalan sedemikian kerana ia akan memberikan kesan jangka pnjg yg tidak baik..
assalamualaikum

Bertha said...

Thanks for writing this.

aiman nabilah said...

huishh,dashatnye.
sy ade bad habit,gemar mengunyah ais batu.pelik knn?haha.sy baru berusia 18tahun.bdn cpt lemah,senang rase pitam,semput.msty same gk kn kesan2 die?

Anonymous said...

belajar banyak