Saturday, January 27, 2007
:P
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,
manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail
di laut (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah
Friday, January 26, 2007
Hajimemashite~
There are a lot of good things and bad things happened to me during these time, but more likely all the bad things happened to me one by one.. each day and everytime.. a lot of good things happened too though, and i really appreciate that..
I'm just gonna ignore and forget those things people say to me in the past, and some of it came from so called friends.. i won't complain or do anything bout it coz u have ur own rights to talk, well this is a free country isn't it? :)
The good thing is, i was called by SLB, QTEL and some other telecommunication company and get invited to interviews.. well, it was beyond my expectation at all.. there are still a lot of things i want to share, but all of it i will jot it down later on..
Iro-iro kangeynai ruso... jya mata aiteru neh
Wednesday, December 13, 2006
Weird or Funny

haha.. it nearly 3 weeks since i started work with alcatel.. but before this, i havent realize anything yet... but just now,i found something that is, i dunno wether to call it funny or weird.. here the thing..
our normal house phone shud consist of 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 * #, right? but one of my phone office got 2 9's printed on it.. no number 0.. hahhaa..
Monday, December 04, 2006
A new Life, A new Beginning..
it's been nearly one week since i last updated my blog and heard from other people.. well.. since last week, i've already started a new job, as a Telecommunication Engineer in Alcatel Network System (M) Sdn Bhd
right now, what's important to me is to learn as much as possible about latest technology in Alcatel and maybe someday i'll become a big shot.. who knows, aite?
well.. for you infomation, Alcatel already bought LUCENT TECHNOLOGIES and now become Alcatel.Lucent , my new company name and webportal..
so, last saturday i was assigned to commission a Node B equipment in Genting.. went there.. and it's damn cold.. (but not as cold when i was in overseas).. taken 2-3 pics.. haha.. no mood since to many work need to be done..
Friday, November 24, 2006
PheWww..





haallLLuUuUUuUUuuu...
its been a long time since i updated my blog.. ermm.. nearly 1 and half months.. busy with my works.. lotsssszzaaaa of works... work overloadzzz.. and fakap management..
well.. today was my last day at my current company.. then they are having my farewall party... woopy~!!!
here is some of the photos available to date.. hehe
Sunday, October 15, 2006
Lamanya
boleh diibaratkan yg PLUS highways utara selatan menjadi mainan serta main road utk aku.. mana lubang, mana nak kena kona, brek cilok.. apa2 jer laa.. sme tau.. huhu.. ada gambar2 nyer.. nnt la aku uploadkan.. korang tgk.. ermm.. suggestion, korang nak aku letak kat fs or kat fotopages..???
well, kat cni aku ada tangkap gambar menarik.. korang mesti tau plaza kotaraya kan?? semlm aku otw balik dari trenin kat times square hotel, aku singgah ps... plaza kota raya dah tukar wajah!!

sblom tuh, aku berbuka posa kat kl sentral.. sbb dah tak sempat nk balik umah.. mana tak nyer.. kol 7 baru abes trenin, pas2 tak sedia buffet laks.. tensen beno aku.. las2, aku makan kat ciken rice shop jer.. peace!!

ni pula gambar aku gi drive thru kat mcd kota damansara kol 2 pg, lepas baru abes cut over kat ampang.. pergh, letey wa cakap lu.. nak tergolek pun ada beb.. balik2, makan, trus flat.. hahaha.. mana larat.. keje nearly 20 hrs non stop..
Thursday, September 28, 2006
Kepimpinan Mahathir dan Abdullah: Satu Perbandingan
Diambil dari satu petikan rencana di dalam internet.. Pikirkan lah~…
Selepas dua tahun mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengkririk kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dari pelbagai aspek. Kritikan tajam Mahathir mencetuskan pelbagai reaksi.
Berikut disenaraikan perbandingan antara Mahathir dan Abdullah.
1. Semasa Jadi TPM
Mahathir
Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM, sebagai menghormati bosnya.
Abdullah
Disebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu low profile sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.
2. Sejurus Selepas Jadi PM
Mahathir
Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.
Abdullah
Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa lagi, yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan umum.
3. Pembangunan Islam
Mahathir
Di awal penerajuannya, Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak
Abdullah
Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan IIslam Hadhari' yang amat kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang gambarnya dipamerkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!).
Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat.
4. Menghadapi Aduan
Mahathir
Mahathir biasannya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan.
Abdullah
Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si pengadu. Beliau sering memberi komen, "Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar" dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu political public relations. Itu sahaja.
5. Menghadapi Cadangan Perniagaan
Mahathir
Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat–mukasurat yang berkaitan. Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya', Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Mahathir mahu cadangan itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.
Abdullah
Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya'. Pak Lah akan jawab balik, 'Tak ada wang tak payah buat'. Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, Gone with the wind.
6. Pengurusan Waktu
Mahathir
Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji
Abdullah
Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya!
Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat post kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau. Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara tergesa-gesa itu.
7. Memenuhi Jemputan Majlis
Mahathir
Apabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Mahathir akan segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari ganti.
Abdullah
Pak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program, menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari penggantinya.
Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang 'alim’'yang memandang ringan dengan janji-janjinya.
8. Membuat Keputusan
Mahathir
Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin
Abdullah
Pak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah gerenti akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal!
9. Menghadapi Wawancara Media
Mahathir
Apabila Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan favourite penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata Inggeris he says what he means and he means what he says. Noktah.
Abdullah
Pak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab ‘Saya tidak tahu, saya tak terlibat’. Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara. Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato’ Annuar Zaini boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.
10. Campurtangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik
Mahathir
Walaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi keputusan-keputusan Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Mahathir akan menghalangkannya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden parti.
Abdullah
Campurtangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah menafikannya tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain dari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil manipulasi Khairy.
Penutup
Kesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui penulis mengenai Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan pemerhati.
Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya.
Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.
Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Mahathir ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan?
AYAT KURSI
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari
sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya
sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal
fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah
azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang
siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,
Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Otromen
Wednesday, September 27, 2006
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan Al-Mubarak
Alhamdulillah, sekali lagi kita dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t supaya kita dapat menjalankan ibadah puasa pada tahun ini. Kita patut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kita peluang sekali lagi untuk menambahkan amal ibadat kita untuk hari kiamat kelak.
OK,berbalik kepada apa yang aku nak tulihkan kat sini. Masuk hari ini, sudah tiga hari kita berpuasa. Pergh, cepat plak masa berlalu, btol dak? Mula-mula kita berasa letih, skrang mungkin dah biasa bagi sesetengah orang. Bagi aku plak, ok la kot, masih belum lagi kantoi, haha..
Bukan apa, aku neh keja kat site, tiap-tiap hari kena panjat tower 45, 60, 75 meter. Korang bayangkan la sendri, dengan keadaan cuaca tak menentu skrang, kena plak panjat kat puncak telecommunication tower tuh, survey, tgk LOS untuk link baru, mana tak rabak nyer.. haha,tp iman aku masih kuat walaupun aku sedar aku tak begitau beriman..huhu.. apapun,azam aku tahun ini adalah untuk berpuasa dan beribadat selagi aku mampu.. puasa mau penuh,ibadat, aku
Mengimbau kembali masa silam, di mana aku mula-mula belajar berpuasa, menyebabkan aku nak tergelak sampai pecah perut ada, kesal pun ada macam-macam laa katakan.. tp semua menda tuh dah lepaih, so tak leh nak buat apa dah, cuma amik pengajaran atas apa yang berlaku dahulu, then buat elok-elok masa skrang dan masa akan datang.
Aku ingat lagi,mula-mula aku start puasa darjah 1.. kira lambat dah la tuh, ada yang start 5-6 tahun. takpala, masa tuh tak wajib lagi pun, mak aku dah soh start belajaq puasa.. first day, pagi-pagi lagi aku dah terasa lapaq.. walaupun aku dah soq pukui 5 tadi.. seb bek skolah pagi, kalau ptg aku tatau laa camna.. untuk membuatkan aku terus berpuasa, bapak aku kata dia bagi
So,aku pun terus berpuasa.. time rehat, pergh, aku tengok ramai budak kelas aku tak posa, haremm~.. aku cakap dalam hati, mana aci.. depa tak payah posa, aku kena gak.. memikirkan
N start pada hari tuh la aku berposa.. makin lama duit makin naik.. maksimum aku dapat dulu sehari singgit, pergh.. besaq rahmat tuh..bukan sket time dulu.. Elok aku dah naik sekolah menengah, allowance berpuasa aku dah tadak.. aku terasa gak la, bukan apa.. pemangkin untuk aku berposa dah tadak.. tp, sbb dah biasa berposa.. aku posa cam biasa saja.. walaupun tak dapat duit.. :)
Macam-macam lagi pengalaman berpuasa aku kat kampung.. nnt la aku ceritakan satu persatu, yang mana aku ingat.. Kat sini aku nak amik peluang untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua kawan-kawan aku kat
SELAMAT BERPUASA, JANGAN PONTENG-PONTENG TAU!!!