Wednesday, June 28, 2006

Equation of World CUP

"*Brazil won the world cup in 1994. Before that, he had won this title for the last time in 1970. *

*If you add up: 1970 + 1994 = 3964 *

*Argentina won the world cup for the last time in 1986. Before that only in 1978. *

*And 1978 + 1986 = 3964 *

*Germany, though, won the world cup in 1990. Before that, Germany won in 1974. *

*Look: 1990 + 1974 = 3964 *

*This could lead us to guess the winner of the World Cup in 2002, since it should be the winner of the 1962 World Cup (In fact 3964 - 2002 = 1962). *

*And Brazil won the world cup in 1962! (And, in fact, Brazil won the 2002 WC) *

*This numerology seems to work... *

*And now, who would be the winner of the 2006 world cup? *

*Let's see, 3964 - 2006 = 1958 *

*And who won in 1958?.... *

Sunday, June 25, 2006

Hahaha

Sudah lama tidak update.. nnt laa.. saya ceritakan semuanya.. hehehe.. :p

Monday, June 19, 2006

Kisah Nenek Jual Sayur

Dipetik dari WebKL oleh: NOOR FAZRINA KAMAL

KETIKA orang lain masih dibuai mimpi, dia sudah keluar rumah. Destinasinya adalah kawasan pasar berhampiran tempat tinggalnya di Kelana Jaya, Selangor. Itulah rutin hidupnya setiap hari. Tujuannya hanya satu. Mengutip bahan mentah seperti sayur dan ikan yang masih elok pada pandangan mata uzurnya.Pencariannya bukan sebagai pelanggan yang biasanya dilihat membeli sayur dan bahan mentah untuk dimasak sebagai santapan ahli keluarga, tetapi untuk mengutip sayur-sayuran dan ikan yang kurang elok dan telah diketepikan oleh penjual di pasar untuk dijual semula.

Itulah sumber rezeki warga emas yang bernama Halimah Mindik ini untuk mencari nafkah demi menyara hidupnya. Dalam usia yang mencecah 87 tahun, kudrat beliau masih mampu untuk memikul beg plastik berisi sayur-sayuran serta ikan yang purata beratnya lebih kurang 2 kg. Tambah menyedihkan, dengan tubuh badan yang kurus dan kecil, beliau menjaja dari pintu ke pintu, tingkat ke tingkat di kawasan rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Putra Damai, Kelana Jaya untuk menjual sayur-sayuran yang telah dikutipnya.

Siapalah yang ingin membeli sayur-sayuran yang pada keadaan fizikalnya telah layu dan hampir berbau? Walaupun Halimah cuma menjual dengan harga 30 sen bagi satu ikat sayur, jarang hasil jualannya dibeli oleh jiran. Jika ada pun hanya mereka yang bersimpati dan kasihankan dirinya. Sewaktu saya dan jurugambar tiba di kawasan dia menjaja, Halimah yang dikenali sebagai 'nenek jual sayur' di kalangan jirannya dilihat sedang berusaha memujuk salah seorang suri rumah membeli hasil jualannya. Puas dipujuk untuk ditemu bual, Halimah tidak berganjak. Jiran-jiran berkata, selagi jualannya tidak habis, dia tidak akan berhenti dan pulang ke rumah.

Bagi memudahkan kerja dan atas rasa hati yang amat belas, saya menyerahkan ke tangannya wang RM10 dan membeli kesemua sayur yang berada di tangannya. Nenek Halimah tersenyum. Ada air jernih pada matanya. Sebelum sempat saya berkata-kata, nenek Halimah kalut menyeluk poket baju kedah yang dipakainya mencari wang untuk memulangkan baki. Sayunya hati saya Tuhan sahaja yang tahu.

"Satu beg plastik ini cuma berharga tiga ringgit saja, bukannya sepuluh ringgit, mana boleh nenek ambil duit ni," ujarnya dalam loghat Perak, negeri kelahirannya.

Dalam hati saya berkata, tinggi sungguh maruah nenek ini. Sudahlah hidupnya susah dan terpaksa pula mengerah keringat pada usia yang agak lanjut, nenek Halimah juga jujur dalam menjalankan perniagaan tanpa sedikit niat pun untuk mengambil kesempatan. Tambah mengejutkan saya, sebaik selesai saya berkata tidak payah pulangkan baki, nenek Halimah terus duduk mencangkung dan menadah tangan berdoa kerana rezeki yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Saya sebak melihat tindakan nenek Halimah kerana inilah pertama kali saya berdepan dengan situasi begini sejak menjadi wartawan. Hati saya dan jurugambar amat terharu. Salah seorang jiran memberitahu, Halimah akan berdoa memohon kesejahteraan mereka yang membeli jualannya.

"Syukur pada Allah, ada rezeki nenek hari ini, takdir Allah menemukan kita hari ini," katanya ceria sambil menjawab soalan saya.

Nenek Halimah merupakan lambang wanita Islam yang tinggi jati dirinya. Dalam usia yang mencecah seabad, dia mengisi masa lapangnya dengan mengajar jiran mengaji. Menurut nenek Halimah, ketika usia muda, dia selalu mengikuti kelas belajar agama di sekitar Bagan Datoh dan Semanggol di Perak.

"Kadangkala ada yang menjemput nenek untuk mendengar ceramah di Masjid Negara, dari situ nenek peroleh ilmu dan turunkan pada jiran-jiran di sini," ujarnya tersenyum.

Halimah tinggal bersama anak tunggalnya, Mohd Nazir Muhamad, 42. Tambah memilukan, anak tunggal lelaki yang menjadi harapannya pula mengalami masalah mental sejak usia muda. Itulah sebabnya hanya nenek Halimah yang berusaha mencari rezeki untuk mereka dua beranak. Cuma sedikit bauan yang kurang menyenangkan datang dari ikan busuk yang dijemurnya bagi menghasilkan ikan kering mengganggu jiran yang tinggal setingkat dengan rumahnya.

"Lutut nenek ini selalu sakit, kadangkala nenek gagahkan juga menjual. Nenek makan ubat tahan sakit yang dibeli di klinik, tapi mungkin kesan sampingan ubat tersebut membuat telinga nenek kurang jelas pendengaran," ujarnya sayu. Saya berasa sedih dan sayu hati melihat sendi tangannya mengerekot. "Ini semua kesan nenek mengangkat plastik untuk jualan seharian," katanya sambil menunjukkan tangannya. Dia seperti tahu apa yang tersirat di hati saya.

Menurut nenek Halimah, ada jiran yang memberikan sumbangan seperti beras dan barang-barang kering seperti sardin dan bihun untuk dia dan anaknya. Tapi kata jiran-jiran nenek Halimah yang bersyukur dengan rezeki yang diperolehnya akan bersedekah pula kepada orang lain yang lebih memerlukan darinya.

"Kami tinggal berdua, makan sedikit, kadangkala sumbangan berbentuk makanan berlebihan, jika tidak dimakan akan membazir pula jadi nenek akan sedekahkan pada kanak-kanak," tambahnya.

Mengenai masa depannya, nenek Halimah sendiri tidak begitu pasti akan masa depannya. "Selagi ada rumah nenek akan tinggal, esok lusa nenek akan pejam mata, nenek akan nikmati kehidupan ini dengan cara nenek tanpa menyusahkan sesiapa, selagi hayat dikandung badan," katanya menutup perbualan.

Sebelum meminta diri, nenek Halimah membekalkan kami dengan air Yasin yang diambilnya ketika menghadiri upacara pengebumian Allahyarham Tun Ghafar Baba baru-baru ini.

Begitulah kisah hidup nenek Halimah. Kisah ini patut menjadi inspirasi kepada generasi muda dan contoh kepada warga emas yang masih punya tenaga tetapi bergantung harap kepada ihsan orang tanpa mahu berusaha. Sama ada benar atau tidak kisah yang nenek Halimah ceritakan, biarlah itu menjadi kenangan dalam hidupnya. Yang penting, nenek Halimah tidak menyusahkan sesiapa. Dia masih menggunakan kudratnya untuk mencari rezeki halal untuk sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Mereka yang ingin melawat nenek Halimah boleh berkunjung ke rumahnya di 1205, Blok E, Flat Taman Putra Damai, Kelana Jaya, Selangor atau hubungi jiran nenek Halimah di talian 016-6384741

nota: gambar di atas adalah gambar hiasan semata-mata

Where'd You Go

Where'd You Go
by Fort Minor

Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone.

She said "Some days I feel like shit,
Some days I wanna quit, and just be normal for a bit,"
I don't understand why you have to always be gone,
I get along but the trips always feel so long,
And, I find myself tryna stay by the phone,
'Cause your voice always helps me when I feel so alone,
But I feel like an idiot, workin' my day around the call,
But when I pick up I don't have much to say,
So, I want you to know it's a little fucked up,
That I'm stuck here waitin', at times debatin',
Tellin' you that I've had it with you and your career,
Me and the rest of the family here singing "Where'd you go?"

I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone.
Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone,
Please come back home...

You know the place where you used to live,
Used to barbeque up burgers and ribs,
Used to have a little party every Hallowe'en with candy by the pile,
But now, you only stop by every once in a while,
Shit, I find myself just fillin' my time,
Anything to keep the thought of you from my mind,
I'm doin' fine, I plan to keep it that way,
You can call me if you find you have somethin' to say,
And I'll tell you, I want you to know it's a little fucked up,
That I'm stuck here waitin', at times debatin',
Tellin' you that I've had it with you and your career,
Me and the rest of the family here singing "Where'd you go?"

I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone.
Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone,
Please come back home...

I want you to know it's a little fucked up,
That I'm stuck here waitin', no longer debatin',
Tired of sittin' and hatin' and makin' these excuses,
For while you're not around, and feeling so useless,
It seems one thing has been true all along,
You don't really know what you got 'til it's gone,
I guess I've had it with you and your career,
When you come back I won't be here and you'll can sing it...

Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone.
Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone,
Please come back home...
Please come back home...
Please come back home...
Please come back home...
Please come back home...

Sunday, June 18, 2006

My Quote of The Day..

sahabat umpama KOMPUTER..
awak ENTER dlm hidup saya..
saya SAVE awak dihati..
awak FORMAT segala masalah saya dan kerana itulah..
TAK MUNGKIN saya delete awak dr MEMORY saya..

khas ditujukan kepada orang tersayang... and you know who are..

Semut oh Semut

Proceed with Care.. I wont be responsible for anything happened.. This is just for fun.. (Lawak Lucah..)
-----------

Limah atau nama singkatannya Mah baru saja berumahtangga dgn suaminya Seman atas dasar pilihan keluarganya dan tinggal di kawasan perkampungan. Walaupun Seman sengau orangnya, Mah tak kisah malah mereka begitu bahagia dan tiada sebarang masalah yg terlalu besar sama ada dari segi komunikasi, nafkah zahir atau pun batin. Cuma ada kalanya Limah tak dapat nak memahami apa yg suaminya cuba nak bagitau.

Pada suatu malam Jumaat, mereka berdua bersetuju untuk membuka 'kaunter pembayaran nafkah batin'. Kali ini Seman agak letih sedikit disebabkan pd siangnya tadi dia pulun toreh getah sampai 10 ekar. Maka seman tidak mahu bekerja keras untuk sesi tersebut dan dia mengambil keputusan untuk berperanan sebagai 'org bawahan' sahaja. Setelah tiba waktu yg sesuai, Seman pun berbaring terlentang dan 'transaksi pembayaran' pun bermula.

Nak dijadikan cerita, dalam masa urusan tersebut seekor semut api telah jatuh dari siling ke atas katil dan merayaplah sehingga terjumpa dgn dua buah 'batu lembut' kepunyaan Seman. Oleh kerana pada masa itu semut tersebut mendapati 'batu2' tersebut seperti hendak melompat2 bagaikan nak menindihnya maka semut api tersebut terpaksa mempertahankan diri dgn menyepit sekuat hatinya 'batu lembut' tersebut..

Seman yg dari tadinya sedang asyik "hedap..hedap.." tiba2 terkejut dan merasa sakit lalu bersuara dgn agak kuat sedikit..

Haduh Mah..hemut..hemut..hemut.." kata Seman.

"Dah kemut ni bang" jawab Limah.

"Hemut... hemut...hemut... higit helur hahu " sambung Seman yang cuba cabut anunya. Tapi masih dihalang oleh Limah.

"Dah kemut dan gigit kuat dah ni bang. Nak kemut dan gigit macam mana lagi" sambung Limh lagi dalam nada merenggek berahi.

"Laaa Mah... haduhhhh.... hemut higit hagi huat" celah Seman.

"Bang.. tgh kemutlah ni..nak gigit kuat camna lagi... Dah habis gigit dah ni..." sampuk Limah.

"Iskh...iskh..ishk.. hak haham la Mah ni. Hahu hata hemut hat helur hahu. Haku nak habut hulu" balas Seman.

"Masa ni mana boleh cabut bulu bang, kok ya pun tunggu la selesai dulu baru cabut bang" balas Limah yang hampir kecewa kerana ganguan tersebut.

"hukan.. hemut higit hat helur hahu..."

"mana boleh sampai telur2 pun masuk bang..ni dah habis dalam dah ni.."

Limah yg dari tadi sedang astik menerima bayaran rasa sedikit terganggu dengan kerenah Seman tidak berapa nak peduli dan tidak mahu berhenti kerana dia merasakan masa untuknya menutup kaunter sudah hampir tiba.....

Limah semakin laju membuat 'kira2' sedangkan seman dibawah terkulat2 terpaksa memberi bayaran dalam antara sedap dan sakit. Si semut ni pulak bila keadaan semakin tak menentu kerana gegaran gampa bumi yg semakin menjadi2, dia pun mempertingkatkan kuasa dalamannya untuk menggandakan serangan keatas 'batu2' yg mengancam keselamatannya..

"Haduh Mah... hakit.. hedap..hakit mah.. hemut hat helur hahu mah.. hemut hakin huat mah hat helur hahu.."
seman sendiri dah tak tau macam mana nak bagitau Limah.. sedap ada..sakit pun ada..

Limah yg merasakan sudah tiba waktunya untuk dia menutup kaunter, terus menggandakan kuasa dalamannya untuk membuat 'kira2' dgn laju sekali begitu juga si semut tadi semakin kuat goncangan 'gempa bumi', maka semakin kuatlah dia menggandakan serangan.. keadaan berlanjutan lebih kurang 2 minit seterusnya dan dalam masa itulah si Seman tak habis2 bising..

"aaaa...hedap.."
bila semut api tu ketip kuat...
"aaaaduuuhh.. hakitt....hemut higit helur hahu.."

Begitulah nasib Seman..Limah sudah tak memperdulikannya lagi.. dia meneruskan 'kira2' diatas 'bayaran' yg diberikan Seman sehinggalah selesai 'sesi pembayaran'.

Apabila kedua2nya berpuas hati dgn 'transaksi pembayaran' tadi Seman pun cepat2 bingkas bangun lalu mencapai lampu picit dan menyuluh kearah tempat yg kena gigit semut api tadi.

"tu hemut hat helur hahu tu.."

"apa ni bng..kan dah sudah dah.. dah cabut pun.. takkan gatal nak mintak kemut lagi..?

Seman malas nak betekak lalu dia pun mengambil semut api tadi dan tunjukkan kpd isterinya..

Laaaaaaaa... semut!... Ingatkan apa tadi... patutlah meracau tak tentu pasal pun... selalunya tak macamni... iskh... iskh... iskh... semut oh semut... kenapalah kau jadi begini" kata Limah lalu mambuang semut tadi sambil ketawa.

Friday, June 16, 2006

Tips

TIPS MENGELAK JANGKITAN SELSEMA BURUNG
> 1. Jangan bermain dengan burung.
> 2. Jangan memegang burung atau digaru (terutama di khalayak ramai).
> 3. Biarkan burung berada dalam sangkarnya.
> 4. Jangan sekali-kali dibiarkan sangkar burung terbuka.
> 5. Jangan biarkan burung masuk ke sangkar lain. (merbahaya..)
> 6. Apabila burung dalam keadaan tidur biarkan ia tidur, jangan
> sekali-kali ditarik kepala/lehernya untuk membangunkan, ada
> masanya burung akan bangun sendiri.
> 7. Jangan mencabut/mencukur bulu yang ada disekitar burung
> (supaya burung tidak kelihatan lucu....)
> 8. Jangan sekali-kali menghisap kepala burung (dikhuatiri burung akan menjadi mual terus muntah ...)
> 9. Jangan suka main pintu sangkar, di takuti burung akan tersepit!!!
> 10. Jangan cuba memandikan burung dengan sabun/syampu kerna burung akan suka.Ini akan menyebabkan burung terasa 'HIGH'dan mengalami muntah2x yg dahsyat.
>11. Paling penting..jangan masukkan plastik ke kepala burung

Talk Can Zero (broken english)

This conversation just happened 15 minutes ago in YM!

Abg Sheikh
: c u later.. aligator
kedaikopi: c u later kanggaru
kedaikopi: haha
Abg Sheikh: hahaha
Abg Sheikh: takper kanggaru pun kanggaru laa
kedaikopi: eh
Abg Sheikh: sbb samurai kalah
kedaikopi: kutuk tmpt sendri blaja
kedaikopi: haha
kedaikopi: malu~
Abg Sheikh: hahahaahah
Abg Sheikh: hmm
Abg Sheikh: now that u mentioned it..
Abg Sheikh: u speak the language of samurai in the land of kangaroo?
kedaikopi: hahahaha
kedaikopi: beser
kedaikopi: nak cari pasal ngan kanggaru
kedaikopi: haha
Abg Sheikh: haha
kedaikopi: tgk sapa power
Abg Sheikh: arigato mate
Abg Sheikh: hahahaha
kedaikopi: hahahhahaha
kedaikopi: hancussss
Abg Sheikh: would be interesting to hear a samurai-speaking kangaroo


England Vs Trinidad Tobago

Hoh, another comment on world cup.. actually, i dont want to write it down, but i guess my hand slipped onto the keybord, open the mozilla brower, type http://www.blogger.com/home then create new post.. hahaha..

i was watching that game last night, terrible.. i'm not a fan nor fanat of England, but their opponent was Trinidad and Tobago.. a small country with only 1.3-1.5 million population, but yet cant 'sayurkan' this small country..

and i must praised the Trinidad's player because they play wonderfully at defensive.. and it's really nice.. but England's Peter Crounch, so called 'panjang' by me, yet failed to deliver any goals for England for the past 82 minutes.. so with Lampard, sigh..

i recalled that 'panjang' and said when i watch it last night at mamak.. "woi, panjang, balik laa woii.. harap tinggi saja.. depan gol pun tak bleh score, takpa.. aku buat tiang gol ragbi untuk hang.. tak bleh gak, aku tatau nak kata apa.." and people start looking at me.. and i said to yoda and anon, "suka hati aku la nak cakap apa pun, aku bayaq jugak, bukan pree.. haram btoi..".

then i said to Lampard when he really misses the oppotunity to score in front of the goal also, "Oii lampard.. pi balik lipat kain la woi.. depan gol x boleh score.. tak pun hang pi buat lepat laa.. kena la dengan nama hang.." and people stared to laugh coz i was shouting back then.. it's not that i'm rooting for England, but they are 'SAMPAH', and it was a boring game.. ENGLAND PLAYED REALLY BORING GAME!!!

even thou they won by 2-0, i still keep on saying that trinidad played better than england..

Thursday, June 15, 2006

Lawak World Cup

huhu.. demam world cup kembali selepas 4 tahun berlalu.. ekekeke.. tak terkecuali aku..
mesti ramai amik mc neh time skarang.. mana tak nyer.. semua org pakat tutuh tengak world cup sampai 5 pagi.. kakakakaka... memang best, sbb apa? semua orang sanggup berembun nak tengok games kat mamak..

lepas tuh, nak bangkit semayang subuh, sekoq-sekoq baloq liat.. hahaha.. nak buat camna.. itu saja perangai orang kita skarang.. aku tak nafikan, aku pun kadang-kadang baloq gak.. hahaha.. so, kalau nak amik MC utk world cup neh, kat sini aku sertakan sekali MC untuk kaki-kaki bola.. :)



ok.. cukup pasal MC.. tadi, aku pegi basuh kereta aku.. kotoq sangat dah.. cemuih aku tengok kereta aku kotoq, tak tahan.. lepas tuh, aku pun sembang la dengan bro neh.. memang aku ngan dia kamcing.. lawak, memang tadak tapih punya.. bantai saja..

ada satu part neh, memang aku tak tahan.. pasal Australia lawan Jepun.. Jepun feveret untuk menang game neh.. tapi kalah.. orang-orang kampung duk kata.. "Tu la, samurai tak sabaq-sabaq nak sembelih kanggaru.. last-last, kanggaru tendang samurai, tergolek dog, tak leh nak buat apa". haha, time tuh aku rasa perut aku nak krem saja, bkn apa memang aku tak penah terpikiaq nak buat lawak bodo camtu.. hahaha... adeh², aku tak leh stop gelak, nanti aku sambung balik.. hua hua hua.. samurai dan kanggaru..

Wednesday, June 14, 2006

Shell Interview

Well, yesterday i just got an email from SHELL Malaysia.. I've been notified and selected to be interviewed by them..

It's a happy moment for me, coz i apply it just for fun, without any hope or what ever to be called for an interview.. some more, i applied for it just 4 days ago.. Maybe it's just my luck for interview, thats all.. no hope to work with them i guess.. hehe.. too many competitions..

I just do my best in my interview over next 2 weeks.. :)

Tuesday, June 13, 2006

What a Disastrous Day

Today, when i'm in my hometown before i went back to ipoh, i went to the tyre shop to do some alignment to my car..

after they finished up doing the rear tyre, the mechanic somehow call me to show something.. and i went down and he showed that my front tyres was tore apart..luckily the tyre didnt blast off..

then i was desparately have to change my tyre.. no money at that moment.. so, i've decided to use 2nd hand tyre's, which is nearly.. how to say... bold.. hahaha.. have too, rather than risking my life with tore tyres..

then, i went back to ipoh.. after a while, the car a bit stable despite the tyres, in front is not the same.. after the tunnel near jelapang, the 2nd corner, an express bus is beside me.. and suddenly my car started drifting and i cant control my brake or any electronics in my car.. then i just barely control my car using my drifting skill to avoid crashing into the bas.. after that, it's still drifting and i was nearly crashed into the drain beside the highway.. luckily, i can regain control of my car back after drifting nearly 30 metres and near death accident.. i would be a bad memory for me today, but i'm happy also at the same time, becoz i know that my car can DRIFT in the rain despite it is an FF.. hahaha..

P/S: amateurs, dont do this at the highway, unless u want a one way ticket to the Hell/Heaven.

Thursday, June 08, 2006

Kritikan Yang Disokong

Mahathir kritik kerajaan

PUTRAJAYA 7 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini membuat kritikan paling keras setakat ini terhadap kerajaan dengan mendakwa ia telah melanggar janji untuk meneruskan keputusan yang telah dibuat oleh pentadbiran yang dipimpinnya sebelum ini.

Bekas perdana menteri itu secara terus terang meluahkan segalanya mengenai hubungannya yang agak tidak sekata dengan Kerajaan sekarang yang berpunca daripada beberapa isu penting termasuk pembatalan cadangan projek pembinaan sebuah jambatan bagi menggantikan tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Pada sidang akhbar yang memberi peluang kepada pemberita mengemukakan pelbagai soalan, beliau melahirkan rasa kecewa kerana banyak keputusan yang dibuat semasa pentadbirannya telah dibatalkan.

Dr. Mahathir berkata beliau telah banyak bersabar dengan tindakan itu termasuk dakwaan kononnya pentadbiran beliau menghabiskan wang kerajaan sehingga ia tidak lagi dapat melaksanakan projek.

"Saya berdiam diri, saya tidak kata apa- apa. Tetapi apabila sesuatu yang merugikan berlaku, saya rasa saya akan gagal dalam tugas saya sebagai seorang warga negara biasa, sebagai seorang bekas perdana menteri, jika saya tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara ini," katanya.

Sidang akhbar itu pada awalnya diadakan untuk mengumumkan penganjuran satu forum keamanan Criminalise War - Stop World War Four yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Jun.

Bagaimanapun para pemberita mengambil peluang untuk menanyakan pelbagai soalan panas mengenai hubungannya dengan kerajaan.

Seperti sifat biasanya, Dr. Mahathir berkata beliau akan terus menyuarakan pendapat beliau di dalam dan di luar negara.

"Saya tahu bahawa pemimpin baru mahu membuktikan kemampuannya, pencapaiannya semasa dia berkuasa. Caranya mungkin berubah tetapi apa yang telah dipersetujui sebelumnya perlulah diteruskan dan perkara-perkara baru bolehlah diperkenalkan," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau menyesal berundur, Dr. Mahathir berkata sukar untuk seseorang itu menjangkakan apa yang sebenarnya akan dilakukan oleh orang yang menggantinya.

Dr. Mahathir juga ditanya sama ada beliau menyesal menyerahkan kuasa kepada pengganti pilihannya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ia di luar kawalan kita. Saya fikir saya membuat pilihan yang baik, tak tahulah. Jika saya memilih orang lain pun, perkara ini mungkin terjadi juga," katanya.

Berjanji

Dr. Mahathir berkata bahawa apabila beliau membuat keputusan untuk berundur, beliau berjanji akan meninggalkan politik dan tidak akan mencampuri urusan kerajaan. Sebagai balasan, katanya, kerajaan yang baru berjanji akan meneruskan beberapa projek besar tertentu yang diilhamkan semasa beliau menjadi perdana menteri.

"Tetapi kerajaan yang baru itu bukan saja tidak menepati janji, ia membatalkan banyak keputusan yang dibuat semasa pemimpin kerajaan yang baru itu masih dalam kerajaan," katanya.

Dalam kritikan paling hebatnya setakat ini terhadap perdana menteri sekarang, Dr. Mahathir berkata : "Saya fikir akan menerima sedikit penghargaan, sebaliknya, saya diberitahu yang saya melaksanakan projek-projek mega dan menghabiskan semua wang dalam negara dan kini semua orang tidak ada wang lagi."

"Jadi, keputusan untuk tidak berpegang kepada janji bukan saya yang buat. Saya banyak bersabar berhubung perkara ini termasuk dakwaan yang saya menghabiskan semua wang kerajaan dan kerajaan menjadi muflis dan tidak mampu lagi mengadakan projek," katanya.

Dr. Mahathir berkata beliau membuat janjinya kepada umum tetapi pemimpin baru kerajaan tidak berbuat demikian walaupun hakikatnya ialah kedua-dua pihak telah membuat janji.

"Maka, jika saya tegur, saya rasa saya ada hak untuk tegur. Masa ini saya menyokong kerajaan tetapi jika mereka melakukan apa yang saya lihat sebagai kesilapan dan tidak ada sesiapa yang mampu membantah maka saya perlu menyuarakan pendapat," katanya.

Katanya, semasa beliau menjadi perdana menteri, Abdullah bersetuju sepenuhnya dengan cadangan projek-projek berkenaan dan "saya berpendapat semua ini akan dilaksanakan."

Dalam kata-kata yang mententeramkan, Dr. Mahathir berkata, beliau faham sebenarnya bahawa pemimpin baru mahu membuat impak dalam tempoh mereka berkuasa dan bahawa caranya mungkin berubah.

"Tetapi apa yang telah dijalankan sebelumnya patutlah diteruskan sementara perkara baru boleh diperkenalkan. Saya fikir saya mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan perkara salah yang dilakukan.

Kepada satu soalan, Dr. Mahathir secara berseloroh berkata beliau melakukan banyak kesilapan semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Saya tolong naikkan ramai orang tetapi ada yang menikam belakang saya. Mungkin saya ada tabiat memilih orang yang silap.

"Tetapi saya berpendapat kerajaan sekarang mampu melaksanakan tugas dengan baik jika ia memilih untuk berbuat demikian.

"Caranya sudah tersedia tetapi jika mereka dipengaruhi oleh orang yang mempunyai agenda lain, itu saya tak dapat tolong," katanya.

"Mereka (dakwa bahawa mereka) tidak boleh meneruskan projek sedangkan saya tahu benar bahawa kerajaan tidak pernah sekaya sekarang," katanya.

Beliau berkata: "Kerajaan mendakwa bahawa ia tidak mempunyai wang untuk meneruskan pembangunan Putrajaya dan oleh itu telah menghentikan banyak projek di sini. Tetapi pendapat saya ialah kerajaan mempunyai banyak wang."

Dr. Mahathir menarik perhatian bahawa Putrajaya dibina sebahagian besarnya menggunakan wang daripada syarikat minyak negara Petronas yang mana beliau merupakan penasihat.

Beliau berkata memandangkan Petronas milik penuh kerajaan, apa jua keuntungan syarikat itu boleh digunakan kerajaan jika ia mahu.

Ditanya mengenai kedudukan beliau sebagai penasihat pengeluar kereta nasional Proton, Dr. Mahathir berkata: "Saya tidak fikir saya patut berhenti menjadi penasihat.

"Tetapi mereka boleh memecat saya jika mereka rasa bahawa saya menjadi penghalang atau mengacau mereka. Saya tidak fikir saya patut berhenti, saya hargai pelantikan ini oleh kerajaan."

- Bernama

OK.. dah lama aku tak update blog aku.. so biar aku komen sket pasal neh.. aku mmg tak beberapa suka ngan kepimpinan pak lah.. bukan apa.. dia lebih menekankan terhadap islam hadari dari kerajaan.. dan dia biarkan kerajaan ke atas tangan menantunya.. KHAIRI.. argh.. kenapa org yang begitu muda dibiarkan membuat byk keputusan kerajaan pusat.. aku tak nafikan, khairi ada bagusnya.. tetapi.. pikir laa.. org yg masih mentah dlm pentadbiran sesebuah negara yang masih lagi boleh dikatakan THIRD WORLD di mata dunia.. aku bkn nak bekap TUN ker apa.. tetapi, apa yang dinyatakan dan diketengahkan oleh TUN ada benar.. so, korang pk la sendri..

Tuesday, June 06, 2006

Buat Ayah



Selamat Hari BAPA~!!