Thursday, June 08, 2006

Kritikan Yang Disokong

Mahathir kritik kerajaan

PUTRAJAYA 7 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini membuat kritikan paling keras setakat ini terhadap kerajaan dengan mendakwa ia telah melanggar janji untuk meneruskan keputusan yang telah dibuat oleh pentadbiran yang dipimpinnya sebelum ini.

Bekas perdana menteri itu secara terus terang meluahkan segalanya mengenai hubungannya yang agak tidak sekata dengan Kerajaan sekarang yang berpunca daripada beberapa isu penting termasuk pembatalan cadangan projek pembinaan sebuah jambatan bagi menggantikan tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Pada sidang akhbar yang memberi peluang kepada pemberita mengemukakan pelbagai soalan, beliau melahirkan rasa kecewa kerana banyak keputusan yang dibuat semasa pentadbirannya telah dibatalkan.

Dr. Mahathir berkata beliau telah banyak bersabar dengan tindakan itu termasuk dakwaan kononnya pentadbiran beliau menghabiskan wang kerajaan sehingga ia tidak lagi dapat melaksanakan projek.

"Saya berdiam diri, saya tidak kata apa- apa. Tetapi apabila sesuatu yang merugikan berlaku, saya rasa saya akan gagal dalam tugas saya sebagai seorang warga negara biasa, sebagai seorang bekas perdana menteri, jika saya tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara ini," katanya.

Sidang akhbar itu pada awalnya diadakan untuk mengumumkan penganjuran satu forum keamanan Criminalise War - Stop World War Four yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Jun.

Bagaimanapun para pemberita mengambil peluang untuk menanyakan pelbagai soalan panas mengenai hubungannya dengan kerajaan.

Seperti sifat biasanya, Dr. Mahathir berkata beliau akan terus menyuarakan pendapat beliau di dalam dan di luar negara.

"Saya tahu bahawa pemimpin baru mahu membuktikan kemampuannya, pencapaiannya semasa dia berkuasa. Caranya mungkin berubah tetapi apa yang telah dipersetujui sebelumnya perlulah diteruskan dan perkara-perkara baru bolehlah diperkenalkan," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau menyesal berundur, Dr. Mahathir berkata sukar untuk seseorang itu menjangkakan apa yang sebenarnya akan dilakukan oleh orang yang menggantinya.

Dr. Mahathir juga ditanya sama ada beliau menyesal menyerahkan kuasa kepada pengganti pilihannya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ia di luar kawalan kita. Saya fikir saya membuat pilihan yang baik, tak tahulah. Jika saya memilih orang lain pun, perkara ini mungkin terjadi juga," katanya.

Berjanji

Dr. Mahathir berkata bahawa apabila beliau membuat keputusan untuk berundur, beliau berjanji akan meninggalkan politik dan tidak akan mencampuri urusan kerajaan. Sebagai balasan, katanya, kerajaan yang baru berjanji akan meneruskan beberapa projek besar tertentu yang diilhamkan semasa beliau menjadi perdana menteri.

"Tetapi kerajaan yang baru itu bukan saja tidak menepati janji, ia membatalkan banyak keputusan yang dibuat semasa pemimpin kerajaan yang baru itu masih dalam kerajaan," katanya.

Dalam kritikan paling hebatnya setakat ini terhadap perdana menteri sekarang, Dr. Mahathir berkata : "Saya fikir akan menerima sedikit penghargaan, sebaliknya, saya diberitahu yang saya melaksanakan projek-projek mega dan menghabiskan semua wang dalam negara dan kini semua orang tidak ada wang lagi."

"Jadi, keputusan untuk tidak berpegang kepada janji bukan saya yang buat. Saya banyak bersabar berhubung perkara ini termasuk dakwaan yang saya menghabiskan semua wang kerajaan dan kerajaan menjadi muflis dan tidak mampu lagi mengadakan projek," katanya.

Dr. Mahathir berkata beliau membuat janjinya kepada umum tetapi pemimpin baru kerajaan tidak berbuat demikian walaupun hakikatnya ialah kedua-dua pihak telah membuat janji.

"Maka, jika saya tegur, saya rasa saya ada hak untuk tegur. Masa ini saya menyokong kerajaan tetapi jika mereka melakukan apa yang saya lihat sebagai kesilapan dan tidak ada sesiapa yang mampu membantah maka saya perlu menyuarakan pendapat," katanya.

Katanya, semasa beliau menjadi perdana menteri, Abdullah bersetuju sepenuhnya dengan cadangan projek-projek berkenaan dan "saya berpendapat semua ini akan dilaksanakan."

Dalam kata-kata yang mententeramkan, Dr. Mahathir berkata, beliau faham sebenarnya bahawa pemimpin baru mahu membuat impak dalam tempoh mereka berkuasa dan bahawa caranya mungkin berubah.

"Tetapi apa yang telah dijalankan sebelumnya patutlah diteruskan sementara perkara baru boleh diperkenalkan. Saya fikir saya mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan perkara salah yang dilakukan.

Kepada satu soalan, Dr. Mahathir secara berseloroh berkata beliau melakukan banyak kesilapan semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Saya tolong naikkan ramai orang tetapi ada yang menikam belakang saya. Mungkin saya ada tabiat memilih orang yang silap.

"Tetapi saya berpendapat kerajaan sekarang mampu melaksanakan tugas dengan baik jika ia memilih untuk berbuat demikian.

"Caranya sudah tersedia tetapi jika mereka dipengaruhi oleh orang yang mempunyai agenda lain, itu saya tak dapat tolong," katanya.

"Mereka (dakwa bahawa mereka) tidak boleh meneruskan projek sedangkan saya tahu benar bahawa kerajaan tidak pernah sekaya sekarang," katanya.

Beliau berkata: "Kerajaan mendakwa bahawa ia tidak mempunyai wang untuk meneruskan pembangunan Putrajaya dan oleh itu telah menghentikan banyak projek di sini. Tetapi pendapat saya ialah kerajaan mempunyai banyak wang."

Dr. Mahathir menarik perhatian bahawa Putrajaya dibina sebahagian besarnya menggunakan wang daripada syarikat minyak negara Petronas yang mana beliau merupakan penasihat.

Beliau berkata memandangkan Petronas milik penuh kerajaan, apa jua keuntungan syarikat itu boleh digunakan kerajaan jika ia mahu.

Ditanya mengenai kedudukan beliau sebagai penasihat pengeluar kereta nasional Proton, Dr. Mahathir berkata: "Saya tidak fikir saya patut berhenti menjadi penasihat.

"Tetapi mereka boleh memecat saya jika mereka rasa bahawa saya menjadi penghalang atau mengacau mereka. Saya tidak fikir saya patut berhenti, saya hargai pelantikan ini oleh kerajaan."

- Bernama

OK.. dah lama aku tak update blog aku.. so biar aku komen sket pasal neh.. aku mmg tak beberapa suka ngan kepimpinan pak lah.. bukan apa.. dia lebih menekankan terhadap islam hadari dari kerajaan.. dan dia biarkan kerajaan ke atas tangan menantunya.. KHAIRI.. argh.. kenapa org yang begitu muda dibiarkan membuat byk keputusan kerajaan pusat.. aku tak nafikan, khairi ada bagusnya.. tetapi.. pikir laa.. org yg masih mentah dlm pentadbiran sesebuah negara yang masih lagi boleh dikatakan THIRD WORLD di mata dunia.. aku bkn nak bekap TUN ker apa.. tetapi, apa yang dinyatakan dan diketengahkan oleh TUN ada benar.. so, korang pk la sendri..

No comments: