Friday, April 21, 2006

Arissa (Part 1)

Aku resah, tak tentu arah menunggu doktor keluar dari bilik pembedahan. Aku rasakan ini semua salah aku. Aku yang menyebabkan Arissa jadi begini. Aku telah bersalah dan berdosa pada Arissa.

Dalam bilik pembedahan, doktor senang bertungkus lumus menyelamatkan Arissa. Bermacam-macam jenis alatan dan wayar disambungkan ke badan Arissa. ECG menunjukkan bacaan degupan jantung, normal. Nadi Arissa juga normal. Di luar, aku ditenangkan oleh kawan-kawan baikku, Yoda dan Kai. "Aku bersalah pada Arissa, Yoda, Kai. Aku tak sangka perkara buruk seperti ini akan berlaku". Kai cuba menenangkan ku, begitu juga dengan Yoda. "Sabarlah Ned, benda dah nak jadi. Hang tak tahu benda ni akan berlaku. Semuanya telah ditakdirkan oleh Allah. Hang tak boleh nak lawan", kata Yoda dalam loghat utara yang pekat.

Yoda dan Kai, antara dua kawan baik aku yg cukup rapat. Kami berkawan sejak bangku universiti lagi. Yoda, seorang pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal dan sarjana kejuruteraan petroluem yang kini bekerja sebagai senior manager di PETRONAS Carigali, Kuala Lumpur. Kai, pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik dan elektronik serta sarjana dalam kejuruteraan petroluem. Dia bekerja sebagai konsultan di salah sebuah syarikat minyak yang terkemuka dia ibu negara, Sapura Crest. Aku juga memiliki ijazah kejuruteraan seperti mereka, dan bekerja sebagai senior project manager syarikat minyak, Murphy Oil, KLCC.

Tanda lampu di bilik pembedahan telah dipadamkan. Aku serta Yoda dan Kai bergegas mendapatkan doktor. "Bagaimana dengan Arissa, Siti?". Ya, doktor yang mejalankan pembedahan tersebut bernama Siti Hasmah, sepupu ku. Dia telah berjaya menjadi salah seorang pakar bedah terkemuka. "Firdaus, sabarlah," dia menenangkan aku. Di kalangan sepupu-sepupuku, aku dipanggil Firdaus. Jauh bezanya dari kawan-kawan aku yang memanggil aku Ned atau Keci. "Arissa tak da apa-apa. Dia dah selamat. Aku dah berjaya menghentikan pendarahan dalamamnya. Syukur la, tiada organ yang penting cedera teruk.". Aku mengucap kesyukuran, sambil menarik nafas panjang.

Ya, anakku yang cedera parah dalam kemalangan, Raja Nur Arissa Saffiyyah. Dia kemalangan disebabkan aku. Semuanya salah aku. Aku telah menghancurkan segala-galanya. Maafkan papa Arissa, papa bersalah, papa terlalu sayangkan Arissa, tapi papa juga menyebabkan Arissa jadi begini.

No comments: