Jam telah menunjukkan pukul 11.00 malam. "Mana Arissa ni, awat tak balik-balik lagi," dengus hatiku. "Malam dah lambat dah neh, takkan la kerja tak habih lagi kot?". Sambil menunggu Arissa pulang, aku menonton televisyen. Ntah cerita apa yang aku tgk, aku sendiri tak pasti. Ku tukar channel sesuka hati. Tiada rancangan yang menarik minat aku langsung. Balik-balik, bola bola bola. Nak muntah aku tengok. "Sia-sia aku bayar duit Sastro sampai RM 200 sebulan."
Sedang aku menunggu kepulangan Arissa dari pejabatnya, aku melemparkan pandangan aku jauh ke sudut rumah aku. Ternampak sawang-sawang yang dah lama bersarang. "Nampak sangat aku dah tak lama cuci rumah, kaghut sungguh..", detik hatiku. Ye la, mana taknya, aku sibuk ngan kerja bersepah kat pejabat, dengan projek dekat Sudan dan Arab Saudi tuh, ada saja kena keluar. Arissa pun sama juga, sibuk dengan projek terbaru di Australia. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Tetapi, setiap hari, kami akan hubungi satu sama lain, tidak boleh dipisahkan lama-lama. Lagi lama aku pandang sarang labah-labah tuh, lagi serabut fikiran aku yang dah sedia serabut ni, "Adoi laa, time neh la nak banyak masalah..", rungutku lagi. Tiba-tiba dalam kekusutan yang amat itu, aku terkenangkan Arissa. Jauh di sudut hati ini, amat merinduinya.
Arissa, anak aku, yang aku besarkan sendiri. Tanpa kasih sayang seorang insan yang bernama 'IBU'. Aku tatang bagaikan minyak yang penuh. Dari tapak kakinya yang sekecil-kecil jari aku, sehingga sekarang, menjadi seorang insan yang berjaya dalam hidup. Seorang wanita yang cukup tegas pendiriannya, tidak mudah putus asa. Segala kemahuannya aku turuti, namun dia tidak pernah besar kepala dan tidak pernah mendatang sebarang masalah kepada aku. Dia mentaati aku, sebagai ayahnya. Tidak pernah melawan atau meninggikan suara kepada orang yang lebih tua dan kepada datuk dan neneknya. Aku cukup menyayanginya dan aku bersyukur memiliki Arissa sebagai anak. Namun, Arissa jua telah menyebabkan aku menjadi bingung, serba salah. Dia juga telah mengaburkan pemikiran aku sejak beberapa hari yang lepas.
Lima hari lepas, aku berehat-rehat dengan Arissa dia kawasan rumah. Lanskap halaman rumah tersebut dilakarkan sendiri oleh Arissa, dan dia juga sendiri menghiasi dan menjaga halaman itu. Terdapat sebuah kolam ikan, ala-ala rumah seperti Jepun. Sebuah pondok kecil tempat aku dan Arissa selalu menghabiskan masa waktu petang sambil bersembang tentang perkembangan semasa dan juga menyuarakan masalahnya. Dari kecil lagi Arissa suka bermain di situ. Aku lihat Arissa seperti resah dan gelisah. Seperti ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Dia ingin seoalah-olah menyatakan sesuatu kepada aku, tetapi tidak kesampaian. Aku seperti dapat membaca kekalutan yang terpancar dari wajah Arissa. Aku sudah masak dengan sikapnya itu, selama 23 tahun aku membesarkannya, segala isi hatinya dapat aku baca sedikit demi sedikit.
Lalu, aku bertanyakan kepada Arissa, "Arissa, awat dengan Arissa hari nih, macam ada yang tak kena ja, habaq la kat papa..", aku cuba mengorek rahsia. "Eh, tadak apa-apa la papa, Arissa ok saja, takdak apa yang tak kena aih. Tengok neh, sehat ja Arissa," sambil mengangkat tangan mengajuk seperti orang bina badan. "Ala Arissa, nak tipu papa, tak dapat laa. Kalau nak tipu orang lain boleh la, atuk ka, nenek ka. Ni papa Arissa, nak gebang kot mana pun tak lepaih, sipi-sipi pun takdak," aku mengorek sambil membuat lawak bodoh. Arissa tergelak dengan alasan aku, "Apa la papa neh, watpa Arissa nak gebang papa, bukan dapat duit pun. Kalau atuk atau nenek, lain cerita. Depa percaya cakap Arissa, tuh yang syok tuh.". "Amboi-amboi, syok no gebang atuk ngan nenek. Dah dah, Arissa cakap la apa yang Arissa nak bagitau papa, papa dengaq," ujarku.
"Err..", suara Arissa seperti tersekat-sekat. "Come on dear, this is your papa whose you talking to, not anyone else, ok?". "Erm, sebenarnya, Arissa dan Daniel, kami...". Aku membiarkan saja dia senyap, biar dia fikir apa yang dia hendak katakan. Suara Arissa seperti terketar-ketar, seolah-olah seperti hendak memberitahu perkara buruk. "Arissa dan Daniel, kami..Kami nak berkahwin papa.". Aku seperti dipanah kilat dengan serta-merta. Jantung aku bagaikan berhenti mengepam darah, seluruh tubuhkan seram sejuk. "Papa.. papa...? Papa ok ka dak? Jangan buat Arissa takut papa..". "Papa ok, cuma terkejut apa yang Arissa habaq tadi. Tatau la pulak Arissa nak kahwin. Daniel pun tak dak bagitau apa-apa kat papa.". Arissa terdiam, mungkin dia takut atau berasa bersalah. "Arissa minta maaf papa, buat papa terkejut tergempaq. Arissa sendiri pun tak tau macam mana nak cakap kat papa, maafkan Arissa papa.". "Isk, it's ok dear. Papa tak marah kat Arissa pun. Papa tumpang syok lagi ada laa..", aku cuba menyembunyikan perasaan gugup aku.
Tiba-tiba, aku dikejutkan oleh bunyi pintu pagar rumahku terbuka. Aku berjalan ke arah tingkap dan menyelak langsir berwarna biru muda yang menutupi rumah aku dari dilihat dari luar. Aku nampak kereta BMW 3 series bewarna hitam gelap Arissa bergerak masuk ke dalam kawasan rumah. Kereta yang aku belikan semperna hari jadinya yang ke-22 dan konvokesyen Arissa tahun lalu. "Dah balik dah Arissa," bisik hati kecilku.
"Assalamualaikum, papa!". "Hah, Arissa. Terkejut papa, ingatkan sapa la nak pekena papa tadi. Takpun pencuri mana rembat harta menda papa.". "Hehe, tadak la papa. Arissa la yang masuk nak rompak papa, tapi dah lama dah Arissa rompak papa, hati papa tuh, Arissa dah curi," sambil mencium tanganku dan memelukku dari belakang. "Awat Arissa balik lambat hari ni, banyak sangat ka kerja Arissa?", tanyaku. "Banyak gak la papa, jenuh hari neh Arissa dok buat kerja. Penat la..". "Arissa dah makan ka? Dah semayang ka blom?", tanyaku. "Dua-dua dak lagi," dengan selamber Arissa jawap. "Dah, Arissa pi mandi ngan semayang. Papa dah masak lauk feveret Arissa, ikan sweet sour.". "Yeah, sayang papa..", ujar Arissa. "Ha ha, papa pun sayangkan Arissa, tuh papa masak kat Arissa tuh.". "Arissa pi semayang ngan mandi dulu,ok?", sambil berlalu ke tingkat atas ke biliknya.
Feel free to read Arissa blog. Click here!
No comments:
Post a Comment