Wednesday, May 03, 2006

Malaysia Boleh!!

Holaa.... aku kembali lagi hari ini... aku cukup gembira hari ni kerana MALAYSIA menang quater-final THOMAS CUP kat JEPUN..
Malaysia menang dengan Korea, 3-2.. izinkan aku komentar sedikit pasal permainan hari nie..

1st Single:
Tak dapat tengok sebab tadi hujan lebat kat Tronoh neh, so dapat tengok last point yang Chong Wei menang..

1st Double:
Permainan yang mula-mula dikuasai oleh beregu Malaysia, tetapi banyak kesalahan dan ke'egear'an untuk menang, banyak kesilapan yang tidak patut berlaku, berlaku berkali2..

2nd Single:
Chong Han mendahului dengan 10-2, tetapi terpaksa forfeit kerana kesakitan di buku lali berulang semula, Korea mendapat bye..

2nd Double:
Tan Fook, Wan Wah selaku pemain veteran, menjinakkan pasangan muda Korea dengan mudah walaupun dikejar rapat oleh pasangan Korea itu.. Satu pertarungan yang banyak menunjukkan skill dan experience oleh pasangan Malaysia..

3rd Single:
Permainan yang agak mendebarkan, kerana ini menentukan sama ada Malaysia melangkah ke separuh akhir atau tidak.. Syukur, kerana kali ini Hafiz tidak membuat banyak kesilapan bodoh yang selalu dilakukan ketika pertandingan-pertandingan yang lalu.. Syabas Hafiz.!!

Kesimpulan yang dapat aku berikan selaku pemain badminton sendiri serta peminat setia, SYABAS MALAYSIA.. Kekalkan prestasi begini dan tidak mungkin kita akan terlepas untuk memenangi Piala Thomas 2006~!!!!

No comments: